← Back to list
Kronologi Serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor
May 17, 2024
Dua anggota polis terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek merupakan anggota kumpulan pelampau, Jemaah Islamiyah.
Suspek yang bersenjatakan parang serta pistol dirampas di balai itu, turut mati ditembak di lokasi kejadian.
Jelas Tan Sri Razarudin, suspek juga telah membuat persediaan untuk melakukan serangan itu.
__
Dalam pada itu, tujuh orang telah ditahan susulan serangan itu dan akan direman esok.
Ketua Polis Negara berkata ini termasuk lima ahli keluarga suspek, yang dipercayai anggota Jemaah Islamiyah.
Manakala, 2 lagi yang ditahan merupakan pelajar IPT yang berada di lokasi ketika kejadian.
Tan Sri Razarudin Husain menambah lebih 20 ahli Jemaah Islamiyah turut dikenal pasti berada di Johor.
__
Sementara itu, Perdana Menteri mahu tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan kekacauan di negara ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan berkompromi mengenai perkara itu, berikutan serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
__
Dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather