← Back to list
PDRM siasat beberapa serangan sama ada tindakan rambang atau terkoordinasi
May 20, 2024
PDRM masih menyiasat beberapa serangan berlaku di institusi kepentingan negara sejak akhir-akhir ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan itu juga untuk mengetahui ia berlaku secara kebetulan atau dirancang.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan pelbagai insiden termasuklah serangan balai polis di Ulu Tiram dan Pulau Pinang serta cubaan menceroboh di Istana Negara.
__
Sementara itu, kedudukan kubur suspek serangan di Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad penghuni kubur yang lain.
Keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa yang bersidang Jumaat lalu, dipengerusikan Mufti Johor.
Tindakan itu dibuat sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang sedemikian.
__
Dalam perkembangan berkaitan, Polis Pahang terus tingkatkan tahap kawalan keselamatan di 96 balai dan 46 pondok polis di seluruh negeri itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather