← Back to list
Tarikh Subsidi Diesel Bersasar Diumum Tidak Lama Lagi
May 27, 2024
Mekanisme dan tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel akan dimaklumkan pada masa terdekat.
Ujar Perdana Menteri, perkara itu akan dijelaskan oleh Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum jemaah menteri bersetuju laksana subsidi diesel bersasar sekali gus membolehkan kerajaan jimat 4 bilion ringgit setahun.
Bagaimanapun langkah itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.
---
Timbalan Perdana gesa golongan belia sambung pengajian di China bagi memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang terutama teknologi dari republik itu.
Ujar Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ini kerana China memiliki kelebihan dalam aspek teknologi tinggi yang harus dipelajari seterusnya dimanfaatkan untuk pembangunan Malaysia.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan TVET Negara minta semua pihak berkaitan pendidikan tinggi termasuk MARA lebih proaktif dalam menggalakkan pelajar Malaysia menuntut ilmu di republik itu.
---
Keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan hari ini.
Menurut Kementerian Pendidikan, calon boleh semak keputusan bermula 10 pagi ini melalui SMS dan secara dalam talian.
Calon juga boleh hadir ke sekolah bagi mendapatkan keputusan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather