← Back to list
Kenderaan asing dari Singapura wajib ada VEP mulai 1 Oktober
May 28, 2024
Kenderaan asing yang memasuki Malaysia dari Singapura wajib mempunyai tag RFID VEP bermula dari 1 Oktober.
Menteri Pengangkutan berkata sistem tersebut akan berkuatkuasa sepenuhnya sejak pertama kali dilaksanakan pada 2019.
Jelas Anthony Loke, hanya 35% daripada semua kenderaan Singapura yang berdaftar telah mengaktifkan tag VEP.
Tag VEP itu berharga RM10 dan sah selama lima tahun.
__
Bukit Aman sedang menyiasat chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan berhubung satu hantaran di media sosial membabitkan busana bintang tersohor, Aishwarya Rai.
Terdahulu, dia telah pun meminta maaf secara terbuka sambil mejelaskan tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak.
__
Kementerian Pertahanan berkata laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya bulan lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan.
__
Dan, tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi tahun ini ditetapkan pada 7 Jun di 29 lokasi di seluruh negara.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather