← Back to list
Bahaya rokok & vape kepada golongan muda
May 31, 2024
Wanita turut menjadi penyumbang kepada peningkatan perokok dalam negara ketika ini.
Pakar Perunding Perubatan Keluarga Dr Subashini Ambigapathy berkata bahaya rokok dan seumpamanya semakin tidak menemui titik penamat disebabkan masalah ketagihan.
Tambah beliau, masalah ketagihan merokok di Malaysia adalah sangat tinggi berbanding negara-negara jiran seperti Filipina, Thailand dan Brunei.
Sementara itu, golongan muda yang hisap rokok atau vape perlu takut dengan risiko yang menanti mereka.
Ini disebabkan nikotin undang bahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja yang merencatkan produktiviti badan.
Tegas Dr Subashini, vape bukan langkah untuk berhenti merokok tetapi padahnya adalah sama buruk dengan sebatang rokok.
Dalam pada itu, beliau sarankan ibu bapa perlu pantau aktiviti anak-anak terutamanya ketika musim cuti sekolah ini.
Berikut penjelasan beliau berkaitan faktor yang mencetus golongan muda untuk merokok atau vape.
Ujar Dr Subashini, tabiat merokok atau vape oleh golongan dewasa perlu dinilai semula sebelum anak-anak mewarisi tabiat buruk itu.
Tahun ini “Lindungi Kanak-Kanak Daripada Pengaruh Industri Tembakau” diangkat sebagai tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Hari Tanpa Tembakau, saksikan video penerangan oleh Dr Subashini di media sosial Astro Radio News.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather