← Back to list
Kerajaan Kaji 'Lemon Law'
Jun 05, 2024
Orang ramai sekali lagi diminta berhenti buat spekulasi berhubung kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan.
PDRM tegaskan, pihaknya masih menjalankan siasatan dan perkembangan terkini akan diberitahu dari masa ke masa.
Menurut Bukit Aman lagi, permohonan lanjutan reman ke atas ibu bapa Zayn Rayyan juga akan dilakukan jika perlu.
Ia susulan penahanan ibu bapa mangsa minggu lalu serta 3 individu termasuk bekas pengasuh mangsa dipanggil beri keterangan untuk bantu siasatan.
---
Simpanan air mentah Empangan Malut di Kedah kini berada pada paras bahaya.
Menurut Nadma, paras air di empangan itu kini hanya kira-kira 28 peratus susulan cuaca panas berpanjangan.
4 lagi empangan iaitu di Kedah, Perlis, Johor dan Pulau Pinang berada pada paras amaran.
Sementara itu cuaca panas di kebanyakan kawasan di negara ini dijangka berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga sehingga 10 Jun ini.
---
Kerajaan sasar bentang usul atau pinda akta baru berkaitan 'Lemon Law' seawal Mac tahun depan di Parlimen.
‘Lemon Law’ ialah undang-undang yang sedia hak tebus rugi kepada pembeli kenderaan bermotor dan barangan pengguna lain ekoran produk kerap rosak atau gagal penuhi kualiti.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather