← Back to list
Penyumbang Perlu Utamakan Keselamatan Makanan
Jun 21, 2024
Semua pihak yang terbabit dalam program sumbangan makanan perlu sentiasa mengutamakan keselamatan makanan.
Tegas Kementerian Kesihatan (KKM), ia bagi elak kejadian keracunan yang boleh memudaratkan kesihatan.
KKM juga pandang serius isu lambakan dan status keselamatan makanan yang disumbang ke rumah kebajikan dan pusat tahfiz hingga berisiko menyebabkan keracunan makanan.
Menurutnya, penderma harus pastikan makanan yang disediakan selamat dimakan dan letak maklumat penting seperti tarikh, masa makanan siap dimasak dan masa akhir perlu dimakan.
---
Malaysia dan China melahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan di Gaza dan menekankan keperluan melindungi orang awam mengikut undang-undang antarabangsa.
Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri China juga gesa gencatan senjata segera dan kekal dilaksanakan, penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan serta perlindungan petugas bantuan dan perubatan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan susulan lawatan rasmi Perdana Menteri China ke Malaysia sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik KL-Beijing.
---
Lebih 180,000 kenderaan barangan masih belum mendaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0
Justeru pemilik kenderaan tersebut diminta segera mohon agar mereka dapat menikmati subsidi diesel.
Menurut KDPN, ia mungkin disebabkan mereka fikir mereka tidak layak atau merasakan proses pendaftaran rumit.
---
Polis sudah berkas lelaki yang disyaki pukul isterinya di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan selepas video kejadian tersebut tular.
Dia dilapor pukul mangsa yang baru habis berpantang melahirkan anak mereka kerana berang mangsa dapat tahu dirinya curang.
---
Lelaki serah diri di balai polis Batu Gajah, Perak dan mengaku bunuh isterinya di bilik hotel tempat mereka menginap.
Suspek disyaki melakukan jenayah itu kerana tidak puas hati mangsa meneruskan tuntutan fasakh.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather