← Back to list
Bank Negara pandang serius isu gangguan perkhidmatan online babitkan institusi
Jun 26, 2024
Bank Negara pandang serius isu gangguan perkhidmatan online babitkan institusi baru-baru ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata institusi perbankan terbabit juga diarah menetapkan langkah pencegahan sesuai bagi mengelakkan isu sama berulang.
Tambahnya, pihak bank juga wajar berkomunikasi dengan pelanggan terjejas dengan segera termasuk aduan diterima mereka.
__
Sistem Pangkalan Data Utama telah memasuki fasa dua.
Ia babitkan proses penentuan golongan sasar serta pembentukan perincian untuk mekanisme pemberian subsidi bersasar.
__
Astro Malaysia catat keuntungan selepas cukai sebanyak 25 juta ringgit bagi suku pertama tahun ini.
Bagi tempoh yang sama, syarikat itu turut merekodkan peningkatan pelanggan sebanyak 20 peratus dari suku ke suku.
__
Datuk Seri Siti Nurhaliza belum bersedia beri sebarang kenyataan berhubung pelatikannya sebagai pakar di UMCced.
Beliau akan berbuat demikian selepas pusat pendidikan itu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather