← Back to list
Pelajar Cemerlang SPM Dijamin ke Matrikulasi
Jul 01, 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan buat pengumuman berhubung peluang melanjutkan pengajian ke matrikulasi bagi lepasan SPM yang raih 10 A dan ke atas.
Pihaknya sedang memperincikan perkara itu dengan Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum memaklumkan kepada umum.
Ini selepas Perdana Menteri mengumumkan pelajar semua kaum yang raih keputusan SPM 10 A dan ke atas dijamin diterima masuk ke institusi pengajian tinggi termasuk matrikulasi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut beri jaminan, sistem kuota bumiputera bagi Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.
Beliau berharap langkah itu dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan.
---
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes seorang murid maut selepas terjatuh dari tingkat 5 sebuah sekolah di Kajang, Selangor.
Menurut KPM, ia bertujuan membantu menyalurkan maklumat bagi siasatan pihak berkuasa.
Pihaknya juga tegaskan tidak akan sesekali berkompromi soal keselamatan murid dan sentiasa mengingatkan institusi pendidikan untuk meningkatkan keselamatan.
Dalam pada itu, KPM telah tingkatkan usaha dalam mengatasi isu dan gejala buli di semua peringkat khususnya dari aspek garis panduan dan peraturan.
---
Polis Selangor siasat penularan gambar memaparkan kecederaan pada mayat didakwa Allahyarham Zayn Rayyan.
Orang ramai juga diminta tidak sebar gambar tersebut kerana boleh menjejaskan siasatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather