← Back to list
Rampasan diesel menurun selepas penyasaran subsidi
Jul 04, 2024
Kes rampasan diesel menunjukkan penurunan selepas penyasaran subsidi dilaksanakan.
KPDN berkata sebanyak 14 kes membabitkan 68,000 liter direkodkan berbanding tempoh sama yang mencatatkan 65 kes melibatkan lebih 520,000 liter dirampas.
Sementara itu, terdapat peningkatan kes rampasan petrol RON95 apabila mencatatkan 46 kes berbanding 37 kes sebelumnya.
KPDN akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan di bawah OPS TIRIS 3.0 bagi memastikan isu ketirisan dapat diatasi secara menyeluruh.
__
Polis Kajang sahkan menerima laporan berkaitan kes seorang lelaki disyaki memukul seekor anjing di balkoni sebuah apartmen di Cheras seperti video yang viral baru-baru ini.
Kes itu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut.
__
Dan Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Tan Sri Zainal Rampak, meninggal dunia di usia 84 tahun pagi tadi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather