← Back to list
Anti-merokok KKM: 1/3 murid berhenti merokok
Jul 05, 2024
Satu pertiga daripada murid sekolah rendah telah berhenti merokok di bawah inisiatif anti-merokok Kementerian Kesihatan baru-baru ini.
KKM juga memaklumkan hampir 80% murid telah menetapkan tarikh berhenti dari tabiat buruk itu.
Pihaknya turut maklumkan jumlah pelajar sekolah menengah yang berhenti merokok menerusi program tersebut jauh lebih rendah iaitu kira-kira 5%.
Kementerian juga telah laksana beberapa program bagi memastikan murid yang terlibat dengan program berkenaan tidak kembali merokok.
__
Kementerian Pengangkutan sedang memperincikan beberapa peraturan berhubung cadangan pengeluaran kad akreditasi untuk pemandu bas.
Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia sebelum ini memaklumkan, kad itu dapat bantu mengekang amalan buruk membabitkan pemandu bas yang tidak bertanggungjawab.
Buat masa ini, kad akreditasi berkenaan hanya dikeluarkan kepada pemandu e-hailing dan teksi.
__
Kebocoran tangki lama mengandungi bahan kimia dipercayai punca hampir 40 mangsa alami pening dan mual di KLIA semalam.
Bomba Selangor memaklumkan, syarikat yang terlibat sedang menampal kebocoran dan akan melupuskan tangki terbabit.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather