← Back to list
Kes buli siber Esha: Suspek kedua serah diri
Jul 11, 2024
Suspek kedua kes buli siber seorang pempengaruh media sosial, Esha yang meninggal dunia baru-baru ini ditahan polis.
Individu berusia 40-an yang dikenali sebagai Dulal Brothers itu menyerah diri di balai polis semalam.
Terdahulu, seorang suspek wanita yang ditahan Isnin lalu disambung reman dua hari lagi.
__
Seorang pekebun ditahan reman selama 6 hari selepas menyerah diri kepada polis berhubung kes 2 kanak-kanak termakan keropok beracun di Kulim, Kedah.
Mangsa yang berusia 3 tahun selamat dikebumikan malam tadi manakala adiknya masih tidak sedarkan diri di hospital.
__
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengingatkan ibu bapa agar pantau makanan yang diambil oleh anak-anak bagi elakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Ia susulan tragedi di Kedah yang menyaksikan kanak-kanak berusia 3 tahun yang meninggal dunia akibat termakan keropok mengandungi racun tikus yang digunakan untuk menjerat monyet.
Mangsa selamat dikebumikan malam tadi manakala adiknya masih tidak sedarkan diri di hospital.
__
Dan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh media sosial dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung kes menyeleweng kutipan derma.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather