← Back to list
KDN Ubah Suai Sistem Penggunaan Senjata Api Anggota RELA.
Jul 15, 2024
Seorang remaja 13 tahun di Kemaman, Terengganu nyaris maut selepas mendakwa termakan biskut yang dicampur racun, Jumaat lalu.
Biskut yang dipercayai digunakan untuk halau kera dan monyet itu dilapor dijumpai di sebuah kebun.
Sebelum ini, kanak-kanak 2 beradik di Kulim, Kedah meninggal dunia dalam kejadian yang hampir serupa.
---
Kerajaan lancar 2 inisiatif terkini di bawah inisiatif Ihsan Rahmah Madani iaitu program Ihsan Cashback dan i-Mesra.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, ia untuk kurangkan beban kos sara hidup rakyat dan tingkatkan daya saing peniaga.
Ihsan Cashback beri pulangan tunai e-dompet atas pembelian melalui rangkaian rakan kongsi.
i-Mesra pula adalah platform pengurusan perniagaan digital untuk pengusaha perkhidmatan makanan.
---
Kementerian Dalam Negeri akan ubah suai sistem penggunaan senjata api bagi anggota RELA.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi elak penyalahgunaan senjata api tersebut khususnya selepas waktu bertugas.
Ia susulan kes seorang bekas anggota RELA dihukum 43 tahun penjara kerana tembak mati bekas ketua bahagian MCA Marang di Terengganu juga cubaan bunuh anak saudara mangsa.
---
Pemeriksaan kesihatan termasuk ujian HIV bagi pelajar baru universiti tempatan telah lama dilaksanakan dan bukanlah perkara baru.
Jelas Kementerian Pendidikan Tinggi, perkara itu kembali diperkatakan ekoran perbahasan di Parlimen berkaitan peningkatan kes HIV dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather