← Back to list
Lebih 10 ribu kelas prasekolah di Malaysia
Jul 20, 2024
Lebih 10 ribu kelas prasekolah beroperasi di 6,300 sekolah atau institusi pendidikan di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan berkata peluasan kelas prasekolah dilaksanakan oleh pihaknya setiap tahun terutamanya di lokasi mempunyai permintaan tinggi.
Pihaknya juga terus komited dalam memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat akses pendidikan prasekolah.
----
Kementerian Digital kekal memantau rapat perkembangan semasa gangguan IT global yang berlaku sejak semalam.
Gangguan yang menjejaskan institusi perbankan, media dan penerbangan global itu, turut memberi kesan kepada beberapa perkhidmatan tempatan.
----
Wisma Putra terus pantau situasi di Bangladesh, susulan protes pelajar di negara itu yang semakin membimbangkan.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia berkata hampir 100 orang pelajar Malaysia di Dhaka dalam keadaan selamat, setakat ini.
----
Seorang lelaki dikenakan kompaun 25 ribu1 ringgit atas kesalahan naik kandungan palsu di FB berhubung penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran tahun ini.
----
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula tengah malam Rabu nanti.
---
Dan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 sudah selesai hari ini dalam suasana penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather