← Back to list
Pengendali Aplikasi Mesej Perlu Lebih Bertanggungjawab
Jul 24, 2024
Pengendali aplikasi komunikasi misalnya Telegram dan WhatsApp diseru bertegas dalam usaha banteras jenayah menerusi platform mereka.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, platform itu perlu lebih proaktif agar ia lebih selamat digunakan masyarakat terutama guru dan pelajar!
Beliau juga memaklumkan, polis terima banyak aduan bahawa platform tersebut banyak digunakan untuk pengantunan seksual atau ‘sexual grooming’.
---
Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi sedang rangka beberapa inisiatif untuk pelajar STPM.
Ia termasuk perancangan bina Kolej Tingkatan 6 Premium tahun depan bagi meningkatkan lagi kualiti lepasan sijil itu.
KPM juga sedang teliti cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan 6 bagi jaga kebajikan mereka.
Sementara itu Johor, Sabah dan Pahang catat jumlah calon paling ramai raih Purata Nilai Gred Keseluruhan 4.00 dalam peperiksaan STPM 2023 yang diumumkan semalam.
---
Dakwaan kononnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak iktiraf sijil atau diploma TVET untuk mohon jawatan dalam kerajaan adalah tidak benar.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lulusan sijil dan diploma tersebut juga layak memasuki perkhidmatan awam.
Justeru, beliau minta laporan dan spekulasi mengenai perkara tersebut dihentikan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather