Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Meta Dijangka Beri Penjelasan Esok

Aug 04, 2024


Meta akan beri penjelasan esok berhubung tindakannya menurunkan hantaran Perdana Menteri berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di platform media sosialnya.  

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil juga memaklumkan, Meta telah beri jaminan kepada kerajaan bahawa siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin hari ini tidak akan diturunkan.  

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menghadiri himpunan itu yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 6.00 petang nanti.  

Kementerian Komunikasi jangka kira-kira 20,000 orang hadir ke himpunan tersebut bagi menzahirkan sokongan kepada Palestin. 

Semua pihak yang ingin menyertai himpunan itu turut diseru mengenakan pakaian serba putih. 

Dalam pada itu Iran memaklumkan, pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh dibunuh menggunakan peluru berpandu jarak dekat yang dilancarkan dari luar penginapannya di Tehran.  

Tehran juga mendakwa Israel dan Amerika Syarikat terlibat dalam serangan tersebut.  

Namun Israel belum buat pengakuan meskipun sebelum ini sudah banyak kali berikrar membunuh pemimpin-pemimpin Hamas.  

--- 

Kementerian Pendidikan (KPM) minta semua pihak supaya berhenti daripada memanipulasi isu berkaitan penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah. 

Ini kerana pihaknya beranggapan isu terbabit telah selesai dan KPM menghormati keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan garis panduan sedia ada. 

Panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh papar dan promosi minuman keras dalam premis sekolah. 

Kontroversi sumbangan kepada sekolah tercetus susulan satu acara kutipan dana sebuah sekolah Cina yang menerima sumbangan syarikat minuman keras. 

---  

Orang ramai digesa tidak rakam video untuk media sosial jika melihat ada kanak-kanak mengalami penderaan atau pengabaian. 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebaliknya minta orang ramai hubungi pihak berkuasa atau Talian Kasih 15999 untuk melaporkannya.  

 


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }