← Back to list
Malaysia Sedia Rawat Rakyat Palestin Yang Cedera & Sakit
Aug 05, 2024
Malaysia sedia rawat sejumlah rakyat Palestin yang cedera atau sakit akibat kekejaman rejim zionis Israel.
Ujar Perdana Menteri, beliau sudah berbincang dengan beberapa pemimpin negara Arab untuk memudahcara proses tersebut.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika berucap di kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin di Bukit Jalil, malam tadi.
Ribuan rakyat dilapor hadir ke himpunan tersebut dengan memakai pakaian serba putih.
Ia bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan menentang kekejaman Israel yang tidak berkesudahan.
---
Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Sweden gesa rakyat mereka di Lubnan untuk keluar dari negara tersebut dengan segera.
Ia susulan kebimbangan berlaku perang berskala penuh antara Israel dengan pejuang Hizbollah dan konflik serantau yang lebih meluas.
---
Rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom dinasihat menjauhi kawasan protes, sentiasa waspada serta ikuti perkembangan terkini dan panduan oleh pihak berkuasa.
Kementerian Luar Negeri mengeluarkan notis itu ekoran beberapa siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan di UK ekoran insiden tikam baru-baru ini.
---
Kerajaan akan teliti cadangan mewujudkan aplikasi media sosial khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia seperti yang dilaksanakan di beberapa negara.
Menurut Kementerian Komunikasi, ia ekoran ada antara penyedia aplikasi media sosial kaut untung daripada rakyat di negara ini namun gagal jamin keselamatan penggunanya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather