← Back to list
Perdana Menteri Bangladesh dilapor letak jawatan
Aug 05, 2024
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dilaporkan telah meletakkan jawatan dan melarikan diri dari negara itu.
Tindakan itu susulan protes ganas melibatkan mahasiswa selama lebih sebulan, yang mengorbankan nyawa ratusan orang awam.
Ketua tentera negara itu berkata satu kerajaan sementara akan dibentuk dalam masa terdekat.
__
Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baru gaji mereka minggu depan.
Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pelarasan gaji penjawat awam itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 16 Ogos ini.
Kenaikan gaji berkenaan akan mula berkuat kuasa pada Disember.
__
Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Johor bulan lalu, direman lagi selama enam hari bermula hari ini.
Ia selepas suspek yang dibebaskan dengan jaminan polis, ditahan semula semalam susulan penemuan bahan pornografi dan peralatan seks di kediamannya di Kulai.
Terdahulu, suspek ditahan kerana didakwa menculik kanak-kanak itu ketika satu majlis di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri.
Mangsa ditemui tiga hari kemudian di sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor.
__
Pemandu treler yang rempuh sebuah rumah di Pekan, Pahang menyebabkan dua beradik maut direman empat hari untuk bantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Pekan mengesahkan pemandu treler itu didapati positif dadah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather