← Back to list
PMO Tuntut Meta Mohon Maaf Secara Terbuka
Aug 06, 2024
Pejabat Perdana Menteri tuntut Meta mohon maaf secara terbuka dan beri penjelasan terperinci.
Ia berhubung tindakannya menurunkan ucapan takziah Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh daripada platform media sosial itu.
PMO juga melihat tindakan Meta sebagai diskriminasi dan menghina perjuangan sah rakyat Palestin yang menuntut keadilan dan hak asasi manusia.
Ia dinyatakan dalam pertemuan wakil kerajaan dengan wakil Meta yang dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri semalam.
Sementara itu Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan terkini rejim Zionis Israel yang sasar 2 sekolah seliaan PBB di Gaza.
Serangan tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang awam maut majoritinya kanak-kanak.
---
Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom semakin membimbangkan dan ada yang berubah menjadi ganas.
Sehubungan itu Kementerian Luar nasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke UK supaya menjauhi kawasan protes.
Mereka juga diminta berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London bagi urusan berkaitan keselamatan.
Dalam satu lagi perkembangan, Wisma Putra minta rakyat Malaysia di Lubnan lebih waspada.
Ia susulan peningkatan ketegangan antara rejim Zionis Israel dengan tentera Hezbollah.
Namun insiden berbalas serangan yang sedang berlaku tidak melibatkan atau menjejaskan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan PBB sedang menilai status dan keselamatan pasukan Tentera Pengaman Malaysia (Malbatt) di Lubnan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather