← Back to list
Kibar Jalur Gemilang Dengan Cara Betul
Aug 14, 2024
Bendera Malaysia yang dikibarkan khasnya sempena Bulan Kebangsaan ini perlu dipaparkan dengan cara yang betul.
Jelas Menteri Komunikasi, ini kerana Jalur Gemilang merupakan simbol kebanggaan dan kedaulatan negara.
Menurut Fahmi Fadzil, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang kibar Jalur Gemilang dengan cara yang tidak betul.
Baru-baru ini sebuah persatuan di Perak tampil mohon maaf kerana kibar Jalur Gemilang secara terbalik dan mengakui ia berlaku akibat kelalaian.
---
JKM Johor beri khidmat kaunseling kepada 3 anak kecil kepada guru wanita yang maut dibunuh secara kejam, Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi.
Ia sebagai usaha untuk bantu anak-anak mangsa yang perlu sokongan moral dan mental untuk hadapi masa depan tanpa ibu mereka.
Terdahulu polis Melaka beritahu, jenazah mangsa dijangka hanya dapat dituntut waris minggu depan.
Ia memandangkan pihak berkuasa masih tunggu keputusan ujian DNA kepala dan tulang mangsa.
---
Cyber Security Malaysia sokong rancangan kerajaan yang mahu melesenkan platform media sosial.
Pihaknya memaklumkan Sinar Harian, langkah itu akan bantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat apabila melibatkan jenayah siber.
Jelasnya, sebelum ini pihak berkuasa sukar mendapatkan maklumat bagi bantu siasatan jika syarikat penyedia perkhidmatan media sosial beroperasi di luar negara.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather