← Back to list
Perdana Menteri umum pelarasan gaji baharu
Aug 16, 2024
Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15% kepada kumpulan pelaksana.
Manakala 7% pula difokuskan kepada pengurusan tertinggi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelarasan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini.
Tambah beliau, pelarasan gaji baru itu bakal memberi manfaat kepada lebih 1.6 juta penjawat awam.
__
Tiada dokumen atau barangan kepunyaan penyanyi, Nidza Afham hilang seperti didakwa.
Polis Selangor berkata ahli keluarganya juga tidak buat laporan berhubung perkara itu.
__
Seorang pemain bola sepak amatur dipenjara 14 hari selepas mengaku bersalah tunjuk kerambit semasa satu perlawanan bola sepak di Melawati awal bulan lalu.
Namun tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan kes baling bom petrol ke arah sebuah kelab di Kuala Lumpur, Mei lalu.
__
Kementerian Pengangkutan berkata nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina tahun lalu disahkan berpunca daripada masalah protokol yang tidak disengajakan.
__
Dan parlimen Thailand memilih Paetongtarn Shinawatra sebagai Perdana Menteri yang baru, selepas gugurkan Srettha Thavisin.
Beliau merupakan anak perempuan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, dan bakal menjadi PM termuda Thailand pada usia 37 tahun.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather