← Back to list
BN Menang PRK DUN Nenggiri
Aug 18, 2024
Barisan Nasional rampas kembali kerusi DUN Nenggiri.
Calon mereka, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani tewaskan calon Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail.
PRK kali ini melibatkan lebih 20,200 pengundi dengan peratusan keluar mengundi hampir 74 peratus.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gembira calon mereka raih kemenangan besar pada PRK berkenaan.
Ujar beliau, kepercayaan yang diberikan pengundi merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Sementara itu kerajaan Kelantan berlapang dada dengan kekalahan PN pada PRK Nenggiri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, mereka tetap meneruskan agenda berkebajikan dengan menyantuni penduduk Nenggiri.
---
MTUC saran kerajaan pinda Akta Kerja bagi memasukkan peruntukan khusus mewajibkan pihak swasta buat penstrukturan gaji.
Ia antaranya bertujuan menjamin ada pergerakan kadar upah kakitangan swasta secara tahunan kerana ada pekerja terima gaji statik dalam tempoh begitu lama.
Terdahulu, Perdana Menteri saran majikan swasta ikut langkah kerajaan dalam memastikan agihan pendapatan lebih adil kepada kakitangan, jika syarikat catat untung yang tinggi.
Dalam pada itu Kementerian Sumber Manusia memberitahu, cadangan gaji minimum baru sektor swasta akan dibentang kepada Kabinet bulan depan.
Kali terakhir kadar gaji minimum sektor swasta dikemaskini adalah pada Mei 2022 iaitu pada kadar RM1,500.
---
Bermula esok, JPJ tambah waktu operasi kaunter selama 1 jam di beberapa negeri terpilih bagi memudahkan urusan pelanggan.
Bagi KL, Selangor dan Pulau Pinang, penambahan waktu operasi kaunter adalah pada setiap Isnin dan Jumaat.
Manakala bagi Johor ia melibatkan hari Ahad dan Khamis.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather