← Back to list
Mohon Lesen Operasi Media Sosial Mudah
Aug 22, 2024
Kementerian Komunikasi jamin proses permohonan lesen operasi penyedia platform media sosial di negara ini tidak sukar.
Ujar menterinya Fahmi Fadzil, proses permohonan lesen itu dijangka ambil masa antara 3 hingga 5 hari bekerja sahaja.
Kementerian Komunikasi juga dijangka mula terima permohonan berkenaan sekitar Oktober atau November ini.
Dalam satu lagi perkembangan, Fahmi memaklumkan setakat ini kerajaan belum mengeluarkan sebarang arahan kepada penjawat awam supaya tidak guna aplikasi Telegram.
Beliau berkata demikian ekoran sebuah PBT di Belanda minta petugasnya tidak guna aplikasi Telegram kerana bimbang aktiviti jenayah dan risiko pengintipan.
---
Kertas siasatan membabitkan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen PRK DUN Nenggiri yang didakwa sentuh isu 3R telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu dilapor serah beberapa dokumen kepada polis berhubung siasatan ke atas beliau.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather