← Back to list
Isu Kadar Elaun 'On Call' Petugas Perubatan Akan Dibawa Kepada Perdana Menteri
Aug 25, 2024
Foto - Bernama
Cadangan berhubung kadar elaun 'on call' petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.
Kementerian Kesihatan menyokong saranan Kumpulan Hartal Doktor Kontrak mengenai keperluan untuk meningkatkan kadar elaun tersebut.
HDK sebelum ini mengesa kerajaan menyemak semula kadar elaun itu yang tidak disemak lebih sedekad lalu bagi mengekalkan kemampanan sistem penjagaan kesihatan negara.
-----
Foto - Hiasan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor siasat dakwaan pengalaman ngeri seorang wanita jalani pembedahan bersalin di sebuah hospital kerajaan.
Buat masa ini, pihaknya sedang meneliti pengurusan pesakit berkenaan sepanjang tempoh rawatan semasa berada di hospital tersebut.
Pihak hospital akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mengaturkan sesi pertemuan bersama pesakit dalam masa terdekat.
-----
Foto - Bernama
Laporan penuh insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India akan dikeluarkan selepas operasi SAR selesai sebelum berbincang mengenai tindakan seterusnya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihak berkuasa masih menunggu laporan penuh daripada semua pasukan terlibat untuk mengenal pasti punca kejadian.
Pihaknya juga akan melakukan proses pemetaan keadaan tanah di kawasan itu bagi memastikan laluan di kawasan sekitar insiden selamat dilalui.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather