← Back to list
Lesen Perkhidmatan Media Sosial: Kerajaan Sedia Terima Input
Aug 28, 2024
Kerajaan terbuka menerima sebarang input daripada pihak berkaitan berhubung lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet.
Kementerian Komunikasi berkata sesi libat urus akan diteruskan dengan semua pihak sebelum pelaksanaan lesen media sosial dikuatkuasakan 1 Januari depan.
Lesen itu diperkenalkan bagi menjamin Internet lebih selamat bagi seluruh rakyat Malaysia terutama kanak-kanak.
----
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 33 kes disyaki mpox di Malaysia setakat ini adalah negatif.
Manakala lagi satu kes baharu masih menunggu proses pengesahan.
KKM juga sedang mengkoordinasi dengan perwakilan Malaysia di seluruh dunia untuk hebahan maklumat kepada pengembara Malaysia supaya mematuhi garis panduan ditetapkan.
----
Satu kejadian tanah mendap dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi semalam susulan hujan lebat dan ribut.
----
Gambar tular memaparkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah sekolah di Bukit Tambun adalah gambar lama.
Polis Seberang Perai Selatan minta semua pihak berhenti memanipulasikan gambar itu supaya tidak mencetuskan isu perkauman.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather