← Back to list
Kepentingan majoriti rakyat tidak boleh diabaikan-PM
Aug 29, 2024
Perdana Menteri kecewa dengan segelintir pihak yang membantah pembinaan projek perumahan rakyat bagi golongan B40 dan M40.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah menghalang pembangunan di mana-mana kawasan mewah, namun kepentingan majoriti rakyat tidak boleh diabaikan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengarahkan projek pembangunan rumah mampu milik di ibu kota disegerakan bagi memenuhi permintaan bagi golongan tersebut.
----
Ketua Polis Negara berkata belum tiba masanya untuk mewartakan lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India sebagai zon tidak selamat.
Tegasnya untuk berbuat demikian pihaknya perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk mengisytiharkannya sebagai bencana.
-----
Dalam perkembangan berkaitan, DBKL berkata gambar tular yang memaparkan jalan mendap di sekitar Kampung Attap, KL adalah gambar lama.
----
Bekas Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim buat laporan polis di Bukit Aman.
Beliau bertindak demikian selepas tersebar khabar angin KONONNYA terlibat dalam aktiviti sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
----
Seorang lelaki rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kuala Kangsar.
----
Dan penyanyi Nabila Razali dilantik sebagai Duta Pelancongan Muslim Malaysia 2024 untuk Taiwan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather