← Back to list
Hantar anak di taska berdaftar JKM
Sep 09, 2024
Ibu bapa dan penjaga disaran sentiasa cakna keselamatan anak-anak termasuk memastikan mereka dihantar ke taman Taska berdaftar di bawah JKM.
Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia bagi elak berlaku kes kecuaian, pengabaian dan penderaan.
Baru-baru ini, seorang bayi maut dilapor akibat ditekup dengan bantal oleh seorang pengasuh di sebuah taska tidak berdaftar di Alor Gajah, Melaka.
---
Penipuan dalam talian, buli dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak antara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial yang dijangka siap bulan depan.
Jelas Kementerian Komunikasi, berdasarkan maklumat polis, 3 jenayah itu telah beralih ke media sosial namun platform tersebut gagal tanganinya secara proaktif.
---
Polis buka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ekoran kenyataannya yang mendakwa sijil halal akan tambah beban peniaga dan memalukan negara.
---
Jabatan Insolvensi memaklumkan, 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baru yang didaftarkan antara 2021 hingga tahun ini melibatkan penjawat awam.
---
Bomba selamatkan seorang lelaki yang cedera dan tersangkut di atas pokok kerana ditimpa dahan semasa memangkas pokok di Sik, Kedah.
---
Dan di Seremban, seorang remaja cedera selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat 1 kawasan parkir Terminal One.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather