← Back to list
JPJePlate Khas Untuk Kereta Baharu ZEV, EV
Sep 09, 2024
Foto - SoyaCincau
Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memperkenalkan standard nombor kendaraan baharu dikenali sebagai JPJePlate.
JPJePlate akan digunakan di semua kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) termasuk kenderaan elektrik (EV).
Terdapat sembilan (9) ciri-ciri yang ada pada JPJePlate iaitu:
- Bendera Malaysia
- Kod nombor pendaftaran kenderaan antarabangsa dan singkatan untuk negara Malaysia (MAL) yang dicetak timbul (Embossed)
- Warna disebelah kiri plat yang membezakan penggunaan bahan bakar kenderaan (Hijau untuk FEV)
- Jalur holografik
- Foil anti pemalsuan
- Tandatangan digital (Kod QR)
- Nombor siri yang diukir dengan laser
- RFID terbenam
- Skru keselamatan untuk pemasangan
Foto - SoyaCincau
Sempena pengumuman ini juga, bidaan nombor pendaftaran istimewa ‘EV’ dibuka mulai hari ini hingga 13 September melalui Sistem JPJeBid.
Pengeluar, pengedar kenderaan ZEV boleh tempah JPJePlate bagi pihak pelanggan bermula hari ini melalui laman sesawang http://jpjeplate.jpj.gov.my.
Untuk rekod, 12,850 kenderaan EV didaftar dalam enam bulan pertama tahun ini, meningkat lebih sekali ganda berbanding 5,131 bagi tempoh sama tahun lepas.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather