← Back to list
Pencemaran bau kimia: Dua individu ditahan
Sep 10, 2024
Polis sahkan penahanan dua individu disyaki terlibat dalam kes pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Mereka ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi bantu siasatan.
Bulan lalu, mereka pernah ditahan kerana membuang bahan kimia secara haram di Kota Tinggi.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan sahkan kira-kira 140 individu terima rawatan, manakala empat individu termasuk seorang wanita mengandung dimasukkan ke hospital.
__
Seorang pemandu bas didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.
Tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.
Suspek ditahan polis selepas tular rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pelajar sekolah rendah.
__
Kertas siasatan babitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh dua hari untuk tindakan lanjut.
Ini selepas polis sudah hampir melengkapkan siasatan kes terbabit susulan keterangan Teresa dirakam pagi tadi.
Terdahulu,Teresa dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya terhadap cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.
__
Akhir sekali, usahawan dan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman sumbang sebanyak RM500,000 bagi baik pulih Rumah Komuniti Malaysia di Liverpool.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather