← Back to list
'Abang Bas' viral didakwa lagi, komen jelik di TikTok
Sep 12, 2024
Pengguna tiktok yang dikenali dengan nama Abang Bas, sekali lagi didakwa di mahkamah hari ini.
Dia didakwa atas pertuduhan menggunakan aplikasi TikTok dengan menghantar komen jelik dalam salah satub videonya.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.
Terdahulu, 'Abang Bas' juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan babitkan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.
__
Timbalan Perdana Menteri berkata orang ramai tidak wajar mempolitikkan isu pensijilan halal.
Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata ia susulan perkara itu hanyalah cadangan yang memerlukan semakan lanjut, dan bukan dasar rasmi.
Tambah beliau, sebarang keputusan mengenai dasar itu adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.
Terdahulu, Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri Hal Ehwal Agama sediakan laporan penuh mengenai cadangan itu, yang akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan.
__
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara maklumkan kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
__
Polis sahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias ekoran kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam.
Ini selepas mangsa terbabit dengan pergaduhan di Kangar dalam kejadian malam Selasa lalu.
Susulan itu, polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu di sekitar Kangar.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather