← Back to list
KPM beri amaran kepada ibu bapa
Sep 14, 2024
Kementerian Pendidikan beri amaran kepada ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada ibu bapa yang gagal beri pendidikan wajib sekolah rendah kepada jagaan mereka.
Pihaknya berkata demikian susulan dakwaan kanak-kanak di rumah amal kendalian syarikat GISB tidak pernah dilihat ke sekolah.
Terdahulu, polis selamatkan kira-kira 400 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah amal kendalian syarikat itu yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi.
.....
Dalam pada itu, KPM akan bawa cadangan elaun untuk pelajar Tingkatan Enam dalam pembentangan Belanjawan 2025 Oktober ini.
.....
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia.
Perdana Menteri berkata usaha ini penting untuk mengurangkan pembaziran dan memastikan kemampanan sumber air negara.
.....
Melaka umumkan parkir percuma di negeri itu selama seminggu bermula hari ini bersempena Hari Malaysia, Maulidur Rasul dan cuti persekolahan.
.....
Angka kematian dan jumlah orang hilang akibat Taufan Yagi di Vietnam telah meningkat kepada kira-kira 330 setakat ini.
.....
Dan WONDA dan Astro bergabung untuk menyajikan cerita yang menarik dan memberi inspirasi kepada pendengar di semua stesen Astro Radio.
Jom raikan wira negara sepanjang hari pada Isnin, 16 September bersama kami di WONDA FM & WONDA RIA
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather