← Back to list
Fasa peralihan monsun mulai 24 Sept hingga awal November ini
Sep 20, 2024
Fasa peralihan monsun dijangka bermula Selasa depan dan berterusan hingga awal November.
METMalaysia berkata permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak Mei lalu.
Fasa itu dijangka membolehkan negara hadapi kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang.
Ia sekaligus berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada serta sentiasa peka dengan amaran cuaca sepanjang tempoh tersebut.
__
DPB, jumlah mangsa terjejas banjir terus meningkat kepada lebih 7,300 orang di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perlis.
Kedah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu lebih 6,700 orang.
__
Sementara itu, MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak sehingga jam 8 malam ini.
TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga seru orang ramai patuhi arahan pihak berkuasa dan ambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather