← Back to list
Mpox: Masyarakat Perlu Jelas Mengenai Penularannya
Sep 26, 2024
Penularan mpox tidaklah seteruk dan secepat wabak COVID-19.
Bagaimanapun Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mohd Hanif Zailani berkata masyarakat perlu jelas mengenai cara mpox merebak.
Tambahnya, individu yang dijangkiti perlu menjalani tempoh pengasingan untuk mencegah penyebaran virus berkenaan.
Dr. Mohd Hanif juga berkata Individu yang mempunyai imuniti rendah perlu lebih waspada kerana lebih berisiko mendapat jangkitan lain bersama mpox.
Jelasnya, meskipun kebanyakan kes mpox boleh sembuh dengan sendiri tetapi ianya masih memerlukan rawatan untuk elak komplikasi teruk yang bawa maut.
Beliau juga sarankan individu yang menunjukkan gejala mpox perlu berterus terang kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar penyakitnya.
Tegasnya, pihak KKM tidak menghalang orang ramai mengembara ke luar negara bagaimanapun pemeriksaan kendiri perlu dilakukan selepas pulang ke Malaysia.
Baru-baru ini, India melaporkan kes pertama mpox yang melibatkan pengembara yang baru pulang dari Dubai.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mpox, saksikan video penerangan oleh Dr. Mohd Hanif di media sosial Astro Radio News.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather