← Back to list
Kerajaan Mungkin Henti Beri Subsidi Pendidikan Kepada T20
Sep 30, 2024
Perdana Menteri beri bayangan kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi pendidikan kepada golongan kaya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia antara perkara utama dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan 18 Oktober nanti.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Simposium Kebangsaan 2024: Menoktahkan Kemiskinan.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan Tinggi mengarahkan pengurusan UMS dan UiTM Sabah untuk kenal pasti pelajar kurang berkemampuan di kampus masing-masing.
Ia berikutan tular kes siswa guna guni plastik sebagai bagasi untuk bawa barang keperluan diri ketika mendaftar masuk di UMS, kelmarin.
Kes berkenaan juga telah dapat perhatian Menteri Pendidikan dan pihaknya sudah hubungi penuntut tersebut.
Fadhlina Sidek berkata semua urusan beban kewangan dan keperluan penuntut itu telah diuruskan sehingga dia tamat pengajian nanti.
Dalam perkembagan berkaitan 2,500 mahasiswa tahun 1 sesi 2024/2025 terima bantuan pengecualian yuran pengajian di universiti awam menerusi Program Siswa Sulung 2.0.
Ia adalah pengecualian yuran pengajian kepada individu pertama dalam keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di Universiti Awam.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather