← Back to list
Musim Tengkujuh: 4 Hingga 6 Episod Hujan Lebat
Oct 03, 2024
Musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan hingga Mac bakal menyaksikan 4 hingga 6 episod hujan lebat berterusan.
Menurut MatMalaysia, episod hujan lebat di Pantai Timur Semenanjung diramal bermula bulan depan hingga Disember.
Ia kemudian akan lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak dari Disember hingga Januari.
Sementara itu, kerajaan ambil beberapa langkah penambahbaikan bagi kurangkan impak kematian dan ekonomi semasa bencana banjir.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam memaklumkan, ia termasuk meningkatkan bunyi siren amaran banjir.
Ia mengambil iktibar banjir besar di Selangor 3 tahun lalu yang mana bunyi siren kurang nyaring sehingga ada penduduk anggap ia siren polis.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather