← Back to list
JKM Sedia Serah Kanak-Kanak GISB Syaratnya...
Oct 13, 2024
6 suspek yang dikaitkan dengan GISB akan didakwa di mahkamah di Johor hari ini.
PDRM memaklumkan Berita Harian, seorang suspek akan didakwa atas tuduhan jenayah seksual ke atas kanak-kanak dan 5 yang lain atas tuduhan pemerdangan manusia.
Dalam pada itu segelintir kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikaitkan dengan GISB tiada kad pengenalan diri serta mengaku tidak pernah jumpa ibu bapa atau keluarga.
Namun JKM sedia serah kanak-kanak terbabit kepada ibu bapa masing-masing jika mereka kemuka kepada mahkamah dokumen pengesahan seperti surat beranak dan kad pengenalan.
---
Banjir memaksa lebih 2,600 penduduk di Kedah, Johor, Perak dan Selangor kini berlindung di PPS.
Kedah kekal catat angka tertingi iaitu lebih 2,300 orang diikuti Perak hampir 170, Johor 150 dan Selangor hampir 60 mangsa.
Sementara itu pakar meteorologi dan geografi beri amaran, utara Semenanjung akan terus berdepan ancaman banjir dalam tempoh beberapa hari mendatang.
Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah beritahu The Star, air pasang besar dijangka berlaku antara 18 hingga 20 Oktober dan banjir besar boleh terjadi jika ia bertembung dengan hujan lebat.
---
Jabatan Imigresen tahan hampir 40 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan Kemboja dalam operasi Ketereh, Kelantan.
Hasil pemeriksaan juga mendapati majoriti PATI terbabit memiliki dan memandu kenderaan tanpa lesen sah!
---
Kementerian Kesihatan (KKM) akan tambah pengambilan jururawat pelatih daripada 1,000 kepada 2,000 orang bermula tahun ini bagi penuhi keperluan industri.
---
Nicaragua memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindak balas terhadap genosid terhadap rakyat Palestin.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather