← Back to list
GST Hanya Akan Dilaksanakan Jika Gaji Minimum RM3,000
Oct 14, 2024
GST Hanya Akan Dilaksanakan Jika Gaji Minimum RM3,000
Cukai GST hanya akan dilaksanakan jika ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000.
Perdana Menteri akui sistem cukai itu cekap dan telus serta akan membantu mengembangkan dana kerajaan dengan kutipan hasil yang lebih tinggi.
Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya golongan miskin tidak seharusnya dibebani dengan sistem cukai tersebut.
Ketika ini, gaji bulanan minimum di Malaysia adalah RM1,500.
Cukai Warisan hanya khabar angin.
Dakwaan kononnya kerajaan ada pertimbang untuk memperkenalkan semula Cukai Warisan menerusi Belanjawan 2025 adalah khabar angin semata-mata.
Jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke orang ramai sebaiknya menunggu pembentangan belanjawan itu oleh Perdana Menteri, Jumaat ini sebelum buat sebarang kesimpulan.
Terdahulu media melaporkan Cukai Warisan antara salah satu daripada 5 cukai baru yang dijangka diperkenalkan dalam Belanjawan 2025 nanti.
SPRM temui RM5 juta di pangsapuri di KL dipercayai ‘safe house’ ahli politik.
SPRM sahkan temui temui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta di sebuah pangsapuri di ibu kota.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki beritahu Awani rumah tersebut dipercayai dijadikan ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh.
Tambahnya, 2 individu telah ditahan dan 15 akaun bank telah dibekukan untuk membantu siasatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather