← Back to list
Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital Kekal
Oct 23, 2024
CEO GISB bersama 21 yang lain termasuk isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes membabitkan Akta SOSMA adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Justeru hakim memaklumkan urusan jaminan akan dibuat di Mahkamah Tinggi.
Sejak bulan lalu, polis serbu rumah-rumah amal dan premis yang dikaitkan dengan GISB.
Ia menyaksikan lebih 600 kanak-kanak dan remaja diselamatkan kerana dilapor jadi mangsa eskploitasi dan dera termasuk secara seksual.
Sementara itu 55 daripada hampir 600 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global melibatkan GISB sudah dikembalikan kepada keluarga atau mereka yang layak.
---
Pelaksanaan cukai jalan dan lesen memandu secara digital yang bermula Februari lalu kekal.
Namun jelas Kementerian Pengangkutan, pengguna masih boleh cetak 2 dokumen itu jika terdapat keperluan termasuk bagi mematuhi peraturan di negara lain.
Sebelum ini, ada rakyat Malaysia mengadu tetap disaman meskipun sudah pamer cukai jalan digital ketika memasuki negara jiran.
---
Pemilik pusat jagaan kanak-kanak dijangka menaikkan kadar yuran antara 15 hingga 30 peratus tahun depan.
Menurut Persatuan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Malaysia, ia susulan peningkatan kos operasinya, selaras dengan peningkatan kadar gaji minimum 1,700 ringgit yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather