← Back to list
Hujan Batu Bukan Petanda Banjir Besar
Oct 25, 2024
PERKESO sedang teliti kerangka perlindungan sosial yang baru.
Ia untuk beri perlindungan keselamatan sosial 24 jam sehari dan menyeluruh di luar waktu bekerja kepada 7.6 juta perkerja di negara ini.
Secara prinsipnya kerangka baru itu berupaya merapatkan jurang ketidaksaksamaan, sekali gus memastikan tiada pekerja tercicir daripada mendapat perlindungan.
---
Fenomena hujan batu yang melanda Kemaman, Terengganu kelmarin bukan penanda aras banjir besar bakal melanda pantai timur tahun ini seperti didakwa segelintir pihak.
Jelas penyelidik iklim dan cuaca, Dr Chung Jing Xiang, hujan batu merupakan antara ciri peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut.
---
Datuk Seri Najib Tun Razak buat permohonan maaf secara terbuka berhubung skandal 1MDB semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Kenyataan itu dibacakan oleh anak sulung beliau, Datuk Mohamad Nizar.
---
Penjual peranti rokok elektronik atau vape di negara ini diingatkan untuk mendapatkan kebenaran SIRIM.
KPDN juga mengingatkan peniaga vape yang jual peranti itu menyerupai alat tulis bagi tarik perhatian remaja dan kanak-kanak, bakal berdepan tindakan tegas.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather