← Back to list
SPRM siasat kerugian pelaburan syarikat fesyen
Nov 02, 2024
SPRM memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah lebih RM40 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam sebuah syarikat fesyen.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan itu penting memandangkan perkara itu melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil minta dua syarikat pelaburan terbabit beri penjelasan berhubung kerugian berkenaan susulan pelbagai spekulasi dibangkitkan di media sosial.
__
Sementara itu, pengasas bersama syarikat fesyen terbabit, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memohon maaf dan akan melepaskan jawatan mereka serta-merta.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bagi elakkan konflik yang berlaku ketika ini menjejaskan syarikat yang sedang dalam proses pemulihan.
__
PDRM sedia jalankan siasatan berhubung kes buli yang dilaporkan berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara sahkan pihaknyabelum terima laporan polis berhubung kejadian itu termasuk daripada mangsa setakat ini.
Semalam, Angkatan Tentera Malaysia memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh penuntut senior.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather