← Back to list
Buli: Perlu Pendekatan Tanpa Toleransi
Nov 03, 2024
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat tegaskan perlu ada pendekatan tanpa toleransi terhadap isu buli di institusi pendidikan.
Menurut pertubuhan itu, persekitaran pendidikan harus jadi ruang selamat dan inklusif agar pelajar dapat belajar, berkembang serta maju tanpa rasa takut.
Baru-baru ini polis sahkan terima laporan seorang penuntut UPNM cedera ditekap seterika dipercayai dibuli oleh seniornya.
Undang-undang baru bagi tangani isu buli siber dengan lebih tegas pula akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
Tegas Perdana Menteri, isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberi impak psikologi seperti penderaan mental.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, ia hingga berupaya mengancam nyawa dan keselamatan seseorang yang mengalaminya.
---
Rakyat Malaysia yang ke luar negara sama ada untuk melancong, bekerja atau melanjutkan pelajaran digalak memaklumkan lokasi atau nombor telefon kepada pihak kedutaan.
Menurut Kementerian Luar, ia bagi memudahkan pihak berkaitan menghubungi mereka jika berlaku sebarang perkara mustahak.
---
Polis Kelantan sahkan 6 rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita dari negeri itu ditahan di sebuah hotel di Golok dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda.
Pihaknya memaklumkan Berita Harian, siasatan dijalankan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Thailand kerana semua suspek ditahan di negara itu.
---
Seorang remaja lelaki diberitakan maut terkena renjatan elektrik semasa cas telefon bimbitnya di soket sebuah bas ekspres di Terminal Bas Penang Sentral.
---
3 remaja cedera ditimpa pokok kelapa sawit tumbang ketika berteduh di dalam sebuah khemah ketika menghadiri sebuah kenduri di Selama, Perak.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather