← Back to list
Ops Khas Motosikal: Lebih 12 Ribu Kenderaan Diperiksa Pada Hari Pertama
Nov 04, 2024
Lebih 12 ribu kenderaan telah diperiksa di seluruh negara pada hari pertama Ops Khas Motosikal oleh JPJ.
Pihaknya berkata kira-kira 1400 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen yang sah dan pengubahsuaian yang berlebihan.
Tambahnya, operasi khas selama dua bulan itu akan kurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini terutamanya melibatkan penunggang motosikal dan pembonceng.
.....
Dalam perkembangan lain, JPJ panggil semula kira-kira 2500 kereta jenama tempatan susulan masalah ketinggian sasaran lampu utama yang tidak patuh peraturan spesifikasi.
Pihaknya berkata kira-kira 60 motosikal jenama import turut dipanggil susulan dikesan mempunyai permasalahan pada sensor kelajuan roda.
.....
Kementerian Pengangkutan telah tubuhkan pasukan petugas khas untuk siasat kematian seorang remaja akibat renjatan elektrik di dalam bas ekspres di Pulau Pinang pada Jumaat lalu.
.....
Polis masih menunggu laporan perubatan seorang pegawai kadet sebuah universiti tempatan yang dakwa dadanya ditekap seterika oleh penuntut senior.
.....
Dalam pada itu, polis sedang buru sekumpulan lelaki yang dipercayai mencuri kabel tembaga milik syarikat telekomunikasi di Temerloh, Pahang selepas videonya viral di media sosial.
.....
Kerajaan Sabah akan beri bantuan subsidi 300 ringgit kepada pelajar IPT awam dan swasta untuk mereka pulang ke kampung halaman terutamanya pada musim perayaan di Sabah.
.....
Dan Menteri Agama berkata Malaysia bersedia menjadi tuan rumah bagi Forum Zakat dan Wakaf Sedunia 2025 di Kuching, Sarawak
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather