← Back to list
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Nov 05, 2024
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi semua enam warga Malaysia termasuk penyanyi dari Kelantan yang ditahan reman kerana disyaki memiliki dadah.
Polis Sungai Golok berkata kesemua suspek akan ditahan kira-kira tiga bulan sementara menunggu tarikh pendakwaan.
Jumaat lalu, enam suspek warga Malaysia ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok.
Siasatan mendapati semua suspek disyaki memiliki 6,000 biji pil kuda dan turut melakukan kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
Dalam pada itu, polis Kelantan sedia membantu mengesan dua lagi lelaki dikatakan lepaskan diri daripada serbuan berkenaan.
Namun setakat ini pihaknya tidak diminta bantu untuk buru dua individu yang dikatakan rakyat Malaysia.
__
Pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar beri keterangan di pejabat SPRM hari ini.
Ia bagi bantu siasatan berhubung kerugian besar pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah lebih RM40 juta dalam platform terbabit.
__
Dan kerajaan dijangka belanjakan sebanyak RM48 juta bagi meneruskan pemberian subsidi tiket penerbangan kepada pelajar IPTA tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia termasuk inisiatif FLYsiswa dan subsidi tiket musim perayaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather