Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

3 Negeri Dijangka Dilanda Hujan Berterusan

Dec 26, 2024


MetMalaysia jangka hujan berterusan tahap waspada melanda beberapa bahagian di Sabah selama 3 hari mulai Sabtu ini.  

Cuaca sama dijangka melanda seluruh Terengganu dan sejumlah daerah di Kelantan selama 3 hari bermula Ahad ini. 

Untuk cuaca hari ini pula, sejumlah kawasan di Sarawak dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir hingga 8 pagi.  

Sementara iktu banjir kembali melanda Raub dan Lipis di Pahang memaksa hampir 100 mangsa berlindung di PPS.  

--- 

40 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Masjid Ladang, Kuala Terengganu esok semasa proses hukuman sebat ke atas seorang lelaki kerana berkhalwat.  

Polis juga membenarkan hanya 70 orang berada di ruang hukuman ketika ia dijalankan dan tiada sebarang rakaman dibenarkan.  

Lelaki itu akan jadi individu pertama di Terengganu yang dihukum dengan 6 kali sebatan di khalayak ramai selepas mengaku salah melakukan khalwat berulang. 

--- 

PDRM dan SKMM pergiat usaha menjejak individu yang memiliki, simpan dan edar bahan lucah serta bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak menerusi Op Pedo. 

Ketua Polis Negara berkata, pihaknya juga sedang kenal pasti sama ada terdapat penglibatan sindiket dalam kegiatan itu atau dilakukan secara individu. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu juga boleh menyalurkannya kepada polis bagi bantu siasatan.  

---  

Polis Melaka telah rakam keterangan pemandu treler yang tayarnya tercabut hingga dipercayai jadi punca nahas 3 kenderaan yang meragut 7 nyawa Isnin lalu. 

Polis juga sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ yang papar kejadian itu yang tular di media sosial.  

---  

Polis KL sahkan terima 1 lagi laporan kes penganiayaan haiwan yang berlaku di Universiti Malaya melibatkan seekor kucing dan anjing yang ditemui mati.  

Baru-baru ini juga polis sudah buka kertas siasatan berkaitan kes kematian beberapa kucing di universiti itu yang didakwa dibunuh dengan senjata tajam susulan hasil pemeriksaan veterinar. 


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us