← Back to list
KKM Pantau Kes Virus HPMV
Jan 05, 2025
KKM Pantau Kes Virus HPMV
Tiada kes terbaru positif virus HPMV dikesan di negara ini meskipun berlaku lonjakan penularannya di China.
Jelas Menteri Kesihatan, setakat ini KKM sentiasa pantau perkembangan penyakit itu dengan teliti.
Langkah pencegahan katanya sama dengan pendekatan bagi penyakit berjangkit lain dan mereka yang bergejala diminta untuk segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan.
Pengembara tempatan perlu muat turun MyBorderPass
Pengembara warganegara Malaysia perlu muat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum guna sistem kod QR di KLIA.
Menurut Jabatan Imigresen, selepas aplikasi itu dimuat turun, pengembara perlu mengesahkan wajah sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri berkata tempoh percubaan penggunaan kod QR untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen
Permohonan himpunan solidariti Najib di Putrajaya ditolak
Permohonan penganjur untuk mengadakan himpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, esok ditolak.
Menurut polis, pihaknya terima permohonan daripada penganjur pada 31 Disember lalu.
Namun, setelah semakan dilakukan, permohonan itu didapati tidak lengkap dan pihak menolak kebenaran untuk tujuan himpunan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather