Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Najib Dibenarkan Mulakan Prosiding Semakan Kehakiman

Jan 06, 2025


Najib Dibenarkan Mulakan Prosiding Semakan Kehakiman

Datuk Seri Najib Razak dibenarkan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Adendum. 

Mahkamah Rayuan memerintahkan supaya kes terbabit dikembalikan ke Mahkamah Tinggi supaya merit semakan kehakiman terbabit dan diputuskan di hadapan hakim yang berbeza. 

Datuk Seri Najib terdahulu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.  

Titah Adendum tersebut akan membolehkan bekas Perdana Menteri itu jalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di kediamannya. 

Datuk Seri Najib dalam pada itu berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. 

Peguam bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau sempat menunjukkan isyarat terima kasih kepada beliau sejurus selepas keputusan itu diumumkan.

Dalam perkembangan berkaitan, polis buka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.  

Menurut polis beberapa individu turut akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi bantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.  

Jelasnya, lebih 1,200 peserta hadir pada perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak itu dan situasi terkawal serta tiada sebarang provokasi. 

Sementara itu, kerajaan serahkan kepada pihak berkuasa berhubung tindakan yang bakal dikenakan kepada mereka yang sertai himpunan tersebut. 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana dan Ketua Polis Negara sebelum ini. 

Dalam pada itu, Jabatan Penjara tegaskan ia tidak terima sebarang titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan Datuk Seri Najib jalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sebelum ini. 

Menteri Dalam Negeri sebaliknya tegaskan pihak penjara hanya terima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda babitkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu. 

 


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us