← Back to list
Kerajaan Rangka RUU Jenayah Siber Baru
Jan 08, 2025
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang rangka Rang Undang-Undang Jenayah Siber baru yang dijangka dibentangkan di Parlimen, Oktober nanti.
Ia antaranya bertujuan menggantikan Akta Jenayah Komputer yang dianggap lapuk dan tidak relevan dalam menangani ancaman siber moden.
Pihaknya juga gesa tindakan segera bagi tangani kekurangan kritikal profesional keselamatan siber disamping mengekalkan bakat tempatan agar tidak berhijrah.
Kerajaan letak sasaran untuk capai 25,000 pakar keselamatan siber menjelang akhir tahun ini.
Sementara itu 30 peratus pekerjaan di Malaysia berisiko terjejas oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, antara sektor yang paling terjejas ialah pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat.
Justeru lebih 600,000 pekerja perlu jalani latihan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang untuk kekal relevan dalam pasaran kerja.
Di Indonesia pula, kerajaannya akan rangka peraturan lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan, AI.
Ia bagi bantu penduduk negara itu guna teknologi canggih tersebut dengan bertanggungjawab.
---
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) melancarkan siasatan dalaman.
Pihaknya juga beri jaminan tidak akan berkompromi terhadap sebarang jenayah rasuah melibatkan kakitangannya.
PUSPAKOM turut memaklumkan 6 pemeriksa kenderaan dari syarikat itu kini digantung tugas kerana disyaki terbabit sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat.
Ia hasil soal siasat SPRM ke atas seorang ejen baru-baru ini yang seterusnya membawa kepada penahanan mereka.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather