← Back to list
Penyanyi 'Bea Soba Bea' mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Jan 14, 2025
Penyanyi ‘Bea Soba Bea’, Eda Ezrin dan suami serta empat individu mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Wilayah Narathiwat.
Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki lebih 6,000 biji pil kuda.
__
Seorang wanita yang didakwa menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar UiTM kampus Dungun layak dibicarakan dan memberi pengakuan.
Mahkamah Majistret Dungun membuat keputusan itu selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya berdasarkan laporan psikiatri tertuduh.
__
Sumbangan Asas Rahmah babitkan peruntukan RM13 bilion akan diagihkan mulai esok.
Penerima yang layak akan terima sebanyak RM100 sebulan dan akan dikreditkan ke dalam MyKad bagi bulan Januari hingga Mac.
Manakala mulai April, kadar bantuan berkenaan akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather