← Back to list
Perjanjian Gencatan Senjata di Gaza Dimeterai
Jan 16, 2025
Hamas dan Israel akhirnya memeterai perjanjian gencatan senjata.
Ini selepas 15 bulan konflik yang meragut puluhan ribu nyawa rakyat Palestin dan memburukkan keadaan di Asia Barat.
Ia juga dicapai selepas lebih setahun rundingan intensif dengan pengantara dari Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat.
Perjanjian yang kompleks itu menetapkan fasa awal gencatan senjata selama 6 minggu.
Ia termasuk penarikan balik tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan Israel.
Dalama perkembangan berkaitan, pemimpin-pemimpin negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas dengan Israel.
Sementara itu Hamas melahirkan rasa terima kasih kepada sejumlah negara termasuk Malaysia yang sentiasa memberi sokongan teguh kepada Palestin khasnya ketika saat-saat sukar.
---
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberi lesen bagi melaksanakan pemeriksaan berkala kenderaan secara bertauliah.
Terdahulu Menterinya, Anthony Loke beri bayangan terdapat lebih 10 syarikat telah mohon lesen berkenaan.
Ia sekali gus akan mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan beri lebih banyak pilihan kepada pengguna.
Untuk rekod, konsesi Puspakom sebagai pemeriksa tunggal kenderaan bermotor secara bertauliah berakhir pada Ogos tahun lalu.
---
Penduduk di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diminta waspada dan sedia hadapi kemungkinan banjir.
Menurut Kementerian Komunikasi, ia susulan ramalan hujan lebat berterusan oleh MetMalaysia dalam tempoh beberapa hari ini di kawasan berkenaan ekoran luruan monsun.
Sementara itu kira-kira 320 mangsa banjir di Johor, Terengganu, Perak dan Sarawak kini berlindung di PPS.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather