← Back to list
Tangguh Serah Memorandum
Jan 27, 2025
Perdana Menteri minta penyerahan memorandum oleh 1,000 pesawah di Putrajaya hari ini ditunda ke tarikh lain.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia susulan lawatan Presiden Indonesia ke Malaysia yang dijadual berlangsung pada hari ini.
Ketua Polis Negara turut mengeluarkan saranan sama.
PDRM juga telah bersedia untuk memastikan lawatan rasmi Presiden Prabowo Subianto bebas daripada sebarang ancaman keselamatan.
---
JPJ larang kenderaan barangan menggunakan jalan raya pada hari ini dan esok.
Larangan itu turut akan dikuatkuasakan pada 1 dan 2 Februari.
Ia bagi memastikan kelancaran aliran trafik bagi mereka yang melakukan perjalanan semasa cuti Tahun Baharu Cina.
Dianggarkan 2.6 juta kenderaan menggunakan lebuh raya-lebuh raya utama di seluruh negara semasa musim cuti perayaan ini.
Sementara itu diskaun tol 50 peratus untuk kenderaan persendirian berlangsung selama 2 hari bermula hari ini, kecuali di 2 plaza tol di sempadan negara.
---
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengalu-alukan tindakan tegas Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Imigresen terhadap 10 premis di KL yang didakwa digunakan warga asing untuk mengendalikan klinik secara haram baru-baru ini.
MMA juga gesa orang ramai terus waspada dan segara melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa.
Orang ramai juga dinasihat mendapatkan perkhidmatan kesihatan hanya daripada fasiliti yang sah demi keselamatan dan kualiti rawatan.
---
Seorang pempengaruh media sosial kini direman kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan mendatangkan kegusaran awam berhubung kes pukul seorang OKU.
Insiden di Kemaman, Terengganu itu tular di media sosial dan dapat pelbagai reaksi yang turut menyaksikan beberapa individu ditahan untuk siasatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather